Monday, November 18, 2013

roda pusing atas bawah

bila kau menyentuh hal-hal yang mungkin isu sensitiviti orang lain,

kau persetankan...

"ada aku heran???"

asalkan kau ada modal bercerita, hati kau puas...

tapi,

bila orang lain bercerita isu-isu yang mungkin sensitif untuk kau,

wahhh!!!

bukan main lagi kau nak sentap...

Tuesday, October 29, 2013

WAHAI LELAKI

wahai lelaki,

apa mahu mu, pada gadis idaman mu???

yang serba seksi, terserlah setiap inci tubuhnya,

supaya kamu berasa bangga dengan mata2 yang kagum memandang ...

wahai lelaki,

katakan saja, biar mereka tahu...

adakah putih mulus kulitnya, terbentuk cantik setiap perincian pada wajah & tubuhnya???

supaya kamu memandangnya tanpa jemu, setiap saat & waktu...

wahai lelaki,

nyatakan saja, supaya aku tahu...

adakah kamu memilihnya kerna dirinya???

atau kamu berasa nyaman setiap detik ketika dengannya???

katakan saja,

supaya kamu tahu, aku tahu, dia tahu & dia juga turut tahu...

katakan saja,

jangan haloba untuk menakluk setiap hati gadis...

cukup satu hati untuk kamu simpan dengan rapi & kasih sayang...

belaskan gadis itu, yang coba kamu robek2 perasaannya...

kasihankan lelaki itu, yang setia menunggu gadis itu untuk dilepaskan...

ehsan pada mereka,

kerna kamu seorang lelaki...








Friday, October 25, 2013

hakikatYE

kita nampak luaran semata2...

"wah, mampu ko beli rumah 300 K ni yaa..."

"untung laa...syarikat ko bagi bonus lagi...'

"dulu selekeh yang amat Rosmah tu...sekatang ko tgk laa...branded class A dari atas ke bawah..."

etc

etc

etc

etc

etc

hakikatYE~

bersengkang mata die kerja hari-hari...x cukup kerja hakiki, buat part-time dgn rela hati...ada ko tau???

memang dicanang2kan sana-sini, bonus dpt, gaji naik...tapi ko tau realitiYE, potongan yang x dijangka di sana sini???mungkin bagi sesetengah individu, dengan kenaikan gaji + bonus boleh upah orang betulkan papan lantai atap dengan barangan 2nd hand pon memadai...

betapa cermat + gigih die untuk m'dapatkan apa yang dihajati...hari2 biskut kering cicah milo, sedangkan ko tony romas tiap2 malam...

cukup2 la ko duduk2 saja b'cakap itu ini...hakikat yang sebenarYE ko akan tau bila ko pakai kasut die...

apakata suatu hari nanti, ko cuba mintak pinjam kasutYE nan sepasang itu...

Thursday, October 24, 2013

pe'el

kalau ko menyampah dengan sikap & perbuatan seseorang,

hakikatYE

ramai orang lagi menyampah dengan sikap & perbuatan ko...

seniYE indah



setiap kali lepas waktu, setiap saat kita meminta, 

kita sering merasakan doa itu tidak dijawab...

moga kita ditetapkan iman, jangan dipesongkan aqidah, mati dalam keadaan beriman,

kita minta DIA banyakkan rezqi, limpah ruahkan rahmat & kasih sayangYE kpd kita, 

dikurniakan hati yang cekal serta tabah m'hadapi hari & saat yang mendatang,

dijauhkan daripada hutang piutang & riba,

hati yang bersih, jiwa yang tenteram, damai & tenang,

jodoh yang baik & berkekalan,

etc etc etc...

tapi DIA x bagi selepuk begitu...tapi DIA bagi dengan seniYE...

kita saja yang lalai & x perasaan,

DIA bagi ujian demi ujian untuk menguji tahap iman & kesabaran kita,

DIA datangkan kepada kita beberapa orang yang memerlukan pertolongan kita,

DIA timbulkan satu demi satu perkara yang pada kita ianya "bala",

DIA buka sedikit nafsu kita untuk pelbagai, seperti kereta mewah, pakaian dari atas ke bawah dari kelas A, boros, etc,

DIA hampirkan orang yang sering buat kita naik angin, sgt menjelekkan kepafa kita,

DIA datangkan orang ke-3 dlm kita x sedar...

tapi kita sering lupa yang doa itu dah dimakbulkan...

tapi kita sering putus harapan, selalu mengeluh...

sebab ALLAH itu sangat berseni...